Sejarah Stesen MRT Surian

Permandangan laluan pejalan kaki untuk masuk ke stesen dari Pintu B. Di sebelah kiri, ialah Persiaran Surian.

Projek Laluan MRT Kajang telah mula dibina secara rasmi pada 8 Julai 2011 dan berakhir pada tahun 2017.[lower-alpha 1][2][3][4] Pada 2012, nama sementara untuk stesen ini adalah Stesen MRT Dataran Sunway kerana ia terletak berhampirannya tetapi pada tahun 2014, Mass Rapid Transit Corporation (MRT Corp) telah menukar nama stesen ini kepada Stesen MRT Surian yang telah diluluskan oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Dato' Seri Najib Tun Razak.[5][6]

Nama stesen ini mungkin diambil dari jalan raya Persiaran Surian yang terletak di bawah stesen. Stesen MRT Surian telah dibuka secara rasmi kepada orang ramai pada 16 November 2016 di bawah pembukaan Fasa 1 Laluan Kajang, iaitu dari Stesen Sungai Buloh hinga Stesen Semantan.[1][4][7] Stesen ini juga merupakan salah satu stesen yang termasuk dalam projek Transit Aliran Deras Lembah Klang (KVMRT) dan dikendalikan oleh Rapid Rail yang juga merupakan anak syarikat kepada Prasarana Malaysia.

Rujukan

WikiPedia: Stesen MRT Surian http://www.orientaldaily.com.my/s/156188 http://www.utusan.com.my/berita/nasional/pm-rasmi-... http://www.spad.gov.my/land-public-transport/buses... http://www.spad.gov.my/sites/default/files/mrt_sur... http://www.spad.gov.my/sites/default/files/mrt_sur... //geohack.toolforge.org/geohack.php?pagename=Stese... https://www.bigkl.com/mrt/surian-mrt-station/ https://www.railjournal.com/regions/asia/malaysia-... https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2016/11... https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/07...